Tugas Pengawas Pusat Sumber

TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tugas Sebelum / Selepas Sekolah

Kami sebagai Pengawas Pusat Sumber yang bersikap bertanggungjawab dan sedia mengorbankan masa dan tenaga sentiasa memastikan Pusat Sumber kami dalam keadaan kemas dan bersih. Setiap hari kecuali hari Sabtu, hari Ahad dan hari cuti, Pengawas Pusat Sumber bertugas di Pusat Sumber seperti biasa. Setiap hari bertugas akan diuruskan oleh tiga hingga lima ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab membahagikan tugas kepada ahli-ahli Pengawas Pusat Sumber yang bertugas pada hari tersebut. Ini dilakukan supaya tugas yang dijalankan adalah licin dan teratur.